21 April 2019 - 18:02
Universiti al-Azhar Kutuk Serangan Pengganas Di Sri Lanka

Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini.

Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan.

“Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama.

“Saya berdoa kepada Allah agar memberikan kesabaran kepada keluarga-keluarga mangsa terlibat dan kesembuhan kepada mereka yang cedera,” katanya dalam akaun Twitter institusi itu. - AFP